Isnin, 26 Januari 2015

Gerimis Mengundang


Assalamualaikum..

Lamanya saya tidak menulis apa2 kat sini, sudah lebih seminggu blog ini sejuk dan membeku, mengalahkan cuaca di oversea pula. Teringinnya rasa hati saya ini hendak melancong ke luar negara, lagi-lagi di negara yg mempunyai 4 musim itu.

Musim yg paling saya suka ialah pada musim sejuk, bestnya bila dapat melihat salji turun berterbangan depan biji mata sendiri. Waktu itu pula saya hanya menadahkan kedua-dua belah tapak tangan. Salji akan jatuh berguguran atas sarung tangan yang tebal. Bila salji sudah penuh atas tapak tangan, kepal2 pula ia dan letak kat pipi...emmm, mesti best gila kann.

Emmm, berangan tak salah kan. In Syaa ALLAH semoga suatu hari nanti impian saya ini menjadi kenyataan. Bila?...tak pasti lagi...hihiii..

Cerita bab melancong ini saya memang suka, suka sesangat. Seronok dapat melihat tempat orang, dapat merasai suasana baru, menghirup udara baru dan merasa makanan baru..Nie, asyik-asyik ke Waritha kat Simpang Pulai tu, tak pun Mee Rebus Ramli di Taman Perpaduan. Sudah bertahun ke situ, dah jemu dah weii!!!... 

Sebenarnya saya sedang bersedih sekarang ini..nak kata sedih sangat pun tidaklah, mungkin perkataan yg paling sesuai adalah rasa terkilan. Begitulah kehidupan, kita merancang manakala ALLAH yang menentukan. Sepatutnya sekarang saya berada di Kuching tetapi.....

Lama juga kami merancang, rasanya lebih setahun. Saya menggunakan perkataan 'kami' kerana ia melibatkan beberapa orang rakan saya sekali. Kami merancang pada tahun 2013 lagi. Saya dan rakan telah menempah tiket AirAsia ke Kuching pada tarikh 24-27 Januari 2015 iaitu untuk perjalanan 4 hari 3 malam.

Begitu terujanya saya pada waktu itu, siap menempah untuk 8 orang lagi. Saya 6 beranak termasuk sekali Pak Aji Mat dan Wan Timah. Duit semua sudah diserahkan kepada rakan saya yang akan mengetuai rombongan ke sana, tambang murah RM70 seorang. Termasuk dalam rombongan ini juga rakan sekerja saya, Kak Zah suami isteri. Sebelum ini kami telah mengikut rombongan kawan saya ini ke Bukittinggi Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 2010. Semasa itu semuanya berjalan lancar dan masing-masing gembira dan sangat berpuas hati.

Jika diikutkan Pak Aji Mat, dia sudah lama membuat keputusan untuk tidak mahu pergi dalam rombongan kali ini iaitu sejak MH370 hilang pada 8 Mac 2014 lagi. Bertambah kuat lagi bukti untuk menyokong kata-katanya bila MH17 pula ditembak jatuh pada 17 Julai 2014. Katanya dia rasa takut sangat hendak menaiki kapal terbang ini.

Kami pujuk-pujuk juga dia pada waktu itu. Wan Timah pun menyokong saya. Katanya jika telah ajal kita tidak boleh elak, walaupun duduk dalam kelambu. Tidak boleh elak atau tangguh pun walau sesaat. Ajal itu tetap sampai bila tiba waktunya.

Tetapi segalanya telah berubah bila keluar pula berita Pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada 30 Disember 2014. Terus saya tawar hati campur takut juga hendak menaiki kapal terbang pada masa terdekat ini. In Syaa ALLAH jika ada kesempatan di lain kali kita terbang lagi, yang penting sekarang ini kumpul dulu duit banyak-banyak.

Sebenarnya jika tiada apa-apa peristiwa berkaitan kapal terbang ini pun, rasanya kami tidak jadi juga melancong ke Kuching kali ini. Pertamanya di sana sekarang tengah banjir. Macamana hendak berjalan-jalan dengan air sekeliling pinggang, kenderaan tidak boleh lalu di atas jalan raya. Pemandu pelancong pun cuti duduk rumah sahaja waktu banjir-banjir ini. Bahaya dalam air kita tidak nampak, jadi baiknya tidak gerak ke mana-mana.

Alasan keduanya, sekarang KakLong duduk asrama. Ayahnya kata tidak seronok jika berjalan-jalan tanpa dia. Walaupun dia tidak kisah kami pergi tanpa dia tapi kita sendiri sebagai ibubapa tentu tidak bahagia jika anak tidak bersama saat bergembira. Jika boleh bergembiralah bersama ahli keluarga, barulah bahagia sentiasa.

Alasan ketiga pula, kononnya percutian kali ini saya ingat untuk meraikan wedding anniversary kami. Dulu kami bernikah pada 21 Januari 2001. Bulan Januari peristiwa berlalu, terasa begitu cepat masa berlalu, berbagai ragam dan karenah di dalam alam rumahtangga telah kami tempuhi bersama. Suka duka, pahit manis semua ada. Suami kata tidak perlulah hendak sambut-sambut pada tarikh itu, hanya ingat dan lakukan tanggungjawab masing-masing, In Syaa ALLAH bahagia.

Alasan keempat pula, minggu lepas anak-anak saya demam, selesema dan batuk. Mulanya pagi Isnin Danial mengadu kata dia pening kepala. Saya suruh juga dia ke sekolah pagi itu. Bila petang demam makin panas, ayahnya terus bawa ke Klinik Mediklinik untuk dapatkan ubat. Doktor bagi MC 2 hari untuk dia berehat di rumah.

Hari Rabu pula Danish demam, agaknya berjangkit dengan Angah dia. Itu pun saya sudah asingkan tempat tidur mereka, Danial tidur bawah dan Danish atas katil. Danish ini demam agaknya dia kurang minum air, sampai merekah-rekah bibir dia. Saya membawa dia jumpa doktor malam itu dan doktor siap cakap jika demam tidak surut sampai hari Sabtu sila bawa dia ke klinik/hospital untuk test denggi pula. Doktor syak dia kena denggi sebabnya dia demam tidak sekali dengan batuk atau selesema. Danish pula dapat MC 3 hari.

Malam itu saya tidur-tidur ayam sahaja. Ubat paracetamol kena bagi 4 jam sekali manakala ibuprofen 6 jam sekali. Letih rasa badan bila tidur tidak cukup ini, lagi-lagi bila umur sudah 40-an ini. Rasa mual dan pening kepala. Pagi itu saya bangun rasa berpinar biji mata dan ambil keputusan cuti sehari untuk menjaga anak sakit. Bagi sahaja sms kepada KP dan masalah saya selesai. Pagi itu kononnya nak ganti tidur tetapi mata tidak biasa, tidak juga terpejam dan terlena.

Dalam pukul 11.30 pagi itu pula KakLong telefon, katanya dia demam kuat, 41 darjah Celcius. Doktor bagi dia MC 2 hari, Khamis dan Jumaat. Ayah dia terus ambil KakLong di sekolah tanpa isi pun buku keluar asrama. Saya sudah risau, mula-mula sudah buat hal nanti kena keluar asrama. KakLong bagi jaminan yang dia telah maklumkan kepada Ketua Warden yang dia dapat MC 2 hari dan balik rumah. 

Makanya jika tiada alasan kapal terbang hilang atau terhempas pun, memang kami tidak boleh melancong ke Kuching pada tarikh tersebut. Anak-anak tidak sihat pada waktu itu. Saya redho dengan keadaan ini, semoga ALLAH menggantikan waktu dan detik gembira itu di masa yang lain...In Syaa ALLAH.



P/S: Maaf yer, tajuk tiada kena-mengena dengan kes Zamani Slam itu, hanya sekadar kebetulan sahaja..:)


Isnin, 19 Januari 2015

Walaupun Kita Menang....



Assalamualaikum...



Kemenangan Diperolehi Tetapi Merosakkan Perhubungan
Kalau gaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari.
Kalau gaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.
Kalau kita gaduh dengan bos, walaupun kita menang, tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
Kalau kita gaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, hubungan kekeluargaan akan renggang.
Kalau kita gaduh dengan guru, walaupun kita menang, keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
Kalau gaduh dengan kawan, walaupun kita menang, yang pasti kita akan kekurangan kawan.
Kalau gaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan berkurangan.
Kalau kita gaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, kita tetap kalah..
Justeru..baik jangan bergaduh...!!


Sabtu, 17 Januari 2015

Perjalanan Terjauh Dan Terberat



Assalamualaikum..




Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai yang kaya-raya tidak sanggup untuk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yang seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yang kuat dan bertubuh sihat yang mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yang berkata sebentar lagi, ada yang takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling ayah banggakan selain daripada perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yang diajar oleh nabi serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dalam gelap subuh, demi mengenal Rabmu.




Rabu, 14 Januari 2015

Wordless Wednesday 19 : Dunia Baru Kak Long


Assalamualaikum..



Pendaftaran Pelajar
Rancangan Khas Akademik & Rancangan Khas Sukan
Tingkatan 1 2015
SMK Raja Perempuan
14 Januari 2015 (Rabu)







 9.00 pagi -Pendaftaran




 10.30 pagi -Ucapan Aluan :
Pn. Hjh Juahir Bt Mohd Hassan
Pengetua SMK Raja Perempuan, Ipoh
                                     


1.00 tengahari - Makan di asrama













Ok, jumpa lagi.


Ahad, 11 Januari 2015

Sisi Seorang Artis Bernama Awie



Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Awie jika coretan saya ini menguris perasaan hatinya. Saya tidak bermaksud untuk memburukkan keadaan, hanya sekadar meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya ini. 

Sebenarnya saya sangat bersimpati dengan Awie atas apa yang berlaku dalam kehidupannya sekarang ini. Tentunya krisis rumah tangga menyebabkan seseorang berada dalam keadaan tertekan dan sedih. Laginya pula Awie adalah artis terkenal, seluruh alam orang kenal dia.



Kosmo, Rabu 7 Januari 2015

Saya ini mungkin agaknya termasuk dalam golongan peminat Awie yang ramai itu. Saya ini hanya berminat dengan lagu-lagu nyanyiannya yang lantang dan macho itu tetapi menyampah betul dengan lagu dan gaya yang rock itu, terjerit-jerit dan terkinja-kinja seperti orang kena histeria. Buat pekak telinga sahaja. Rambut panjang pula bagai jembalang, kirim salam sahaja yong, tidak suka sangat saya dengan gaya rock-rock itu.

Teringat suatu ketika dahulu semasa saya praktikal di Hospital Teluk Intan, waktunya akhir tahun 1997. Waktu itu Awie baru bertunang dengan Erra. Minat punya pasal saya sanggup keluar ke bandar masuk ke kedai menjual majalah. Dulu majalah URTV lah yang paling top bab cerita artis-artis ini. Begitu tekun dan kusyuknya saya membelek gambar-gambar pertunangan Awie dengan Erra yang cantik dan jelita itu. 

Nasib baik pekerja kedai itu tidak perasaan dengan saya, jika tidak agaknya sudah lama saya kena tegur. Seingat saya agaknya lebih sejam saya berdiri dan duduk dalam kedai buku itu. Terdetik juga hati saya pada waktu itu, betapa beruntung nasib Awie dan Erra ini, majlis pertunangan gilang-gemilang setaraf dengan majlis pertunangan dan perkahwinan anak-anak raja. Dibandingkan dengan nasib saya sewaktu itu umpama langit dengan bumi lagaknya.

Saya ini semasa itu rasanya dalam kategori susah dan merempat. Nasib baik tidak tinggal di bawah jambatan. Saya menjalani Latihan Praktikal di Hospital Teluk Intan dalam 4 bulan setengah, dari 2 Jun hingga 18 Okt 1997. Saya memohon tinggal di kuarters dalam kawasan hospital. Duduk sekali dengan doktor bujang dan doktor pelatih perempuan. Bilik yang sekangkang kera itu hanya ada tingkap dan katil bujang sahaja. 

Kawan sebelah bilik saya kerja Ahli Farmasi, nama dia pun saya sudah lupa. Ramah orangnya. Dia juga praktikal di situ. Masa praktikal Ahli Farmasi ini lagi panjang, setahun (rasa saya lah, jika salah tolong betulkan yer..), seingat saya dia sudah lama praktikal di hospital itu, ada juga dia terpaksa ke Hospital Ipoh sebulan. Tinggal saya seorang tanpa kawan. Doktor pelatih di situ saya jarang berjumpa. Mereka keluar sebelum 7 pagi dan balik malam. Saya masuk kerja 8 pagi dan balik semula ke bilik selepas jam 5 petang. Jarang sangat bertembung dengan mereka walaupun kami berkongsi bilik air yang sama.

Cerita sedih saya di kuarters ini tentang langsir. Makcik yang menjaga kuarters ini hanya membenarkan saya menumpang sahaja di situ dan mesti membayar sewa bulanan. Jumlah bayaran saya sudah lupa, tapi katanya saya kena bayar tinggi sikit dari yang lain kerana saya bukan golongan dari Kementerian Kesihatan. Saya ini dihantar syarikat SSP Medical Technologies Sdn. Bhd praktikal di Unit Kejuruteraan Elektronik di hospital itu. 

Makcik itu semacam sombong dan melayan saya acuh tak acuh sahaja. Dia bercakap pun tidak memandang muka saya. Tiada senyuman, kata alu-aluan jauh sekali. Waktu itu saya merasakan kedatangan saya tinggal di kuarters itu hanya menyusahkan diri dia sahaja. Agaknya gaji dia kena potong kerana satu bilik sudah diberi kepada saya yang bukan dari golongan Kementerian Kesihatan tinggal di situ. 

Dia hanya memberi kunci bilik kepada saya. Katanya lagi dia tidak boleh pinjamkan langsir sebab apa..saya sudah lupa. Saya yang terasa dengan sikap makcik itu diamkan sahaja. Kawan sebelah saya, Ahli Farmasi itu pun pelik dengan sikap makcik ini, langsir punyalah banyak tetapi tidak boleh dipinjamkan sehelai kepada saya. Saya waktu itu kategori hidup susah, hendak makan pun berkira-kira dulu, inikan pula hendak membeli kain langsir, lagi lah berkira-kira.

Habisnya dalam bilik saya hanya gantungkan kain batik di tingkap. Bila perlu guna kain batik saya gantung selimut pula. Hidup merempat. Ada sekali itu makcik seorang ini membawa mulut, katanya ada orang bagi aduan kepada dia, katanya tingkap saya tidak berlangsir. Bila malam ternampaklah susuk badan katanya. Saya tidak pasti dengan perkara itu, tetapi terasa di hati ini, itu satu cubaan dia untuk menghalau saya keluar dari kuarters itu.

Rimas betul waktu itu, serba tidak kena saya dikenakan oleh makcik seorang ini. Sudahlah kantin di hospital itu tutup di waktu petang. Waktu malam selalunya saya hanya makan nasi berulamkan timun sahaja. Hendak keluar ke bandar tiada kenderaan. Itulah yang susahnya pada waktu itu, tiada rupa, pangkat dan harta. Zaman itu jika hendak dibandingkan kehidupan saya dengan kehidupan Awie dan Erra memang jauh sangat perbezaannya.

Pernah sekali saya ke bandar dan terlepas bas semasa hendak balik ke kuarters hospital. Bas ke Bidor dan Kampar telah tamat operasi. Saya naik bas ke Selabak tapi bas tidak lalu depan hospital. Saya berhenti di tepi jalan dan berjalan kaki ke Balai Polis Teluk Intan itu. Waktu itu jam lebih kurang 9.30 malam. Seram sejuk telinga saya bila terkenang balik peristiwa berkenaan. 

Akhirnya saya balik ke hospital dengan dihantar anggota polis menaiki kereta polis. Terima kasih buat anggota polis yang terlibat. Sekarang balai polis lama telah dirobohkan dan mereka berpindah ke tempat baru berdekatan dengan Kg. Bahagia. 

Itulah cerita dulu-dulu. Satu lagi kenangan pahit saya semasa praktikal ialah saya dan Pak Hj Mat kemalangan pada hari terakhir saya praktikal. Kami naik motosikal untuk balik ke tanah rancangan. Sebuah kereta yang tergesa-gesa telah melanggar kami di satu simpang sebelah mahkamah tepi jalan besar itu. Walau pun tidaklah cedera teruk tapi berdarah dan calar-balar tangan dan kaki saya. Kami terus ke hospital semula untuk mendapatkan rawatan.

Sekarang ini jika lalu depan Hospital Teluk Intan pasti saya akan teringat semula kisah-kisah sedih saya dahulu. Pasti juga teringat kisah Awie dan Erra dulu. Begitu pun kehidupan perlu diteruskan selagi bernafas. 

Saya meneruskan kehidupan saya dan Awie dengan kehidupannya. Kehidupan Awie nampaknya agak berliku, putus tunang dengan Erra, berkahwin pula dengan Arni. Dengan Arni dia bercerai setelah dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan yang comel. 

Selepas itu tersebar pula gambar Awie bernikah dengan perempuan cantik bernama Rozana Misbun. Masih terbayang di mata saya tangan Awie yang berketul-ketul itu sedang berjabat tangan dengan tok kadi. Sahlah orang itu Awie walaupun perkara itu cuba disorokkan dari pengetahuan umum.

Tahun 2014, sekitar bulan Julai heboh lagi kes Awie ini. Awie didakwa pukul isteri sehingga cedera parah. 3 keping gambar seorang perempuan dikatakan mirip wajah Rozana terpampang di depan media masa. Kesiannya saya melihat keadaan wanita itu, muka jadi herot-perot, bengkak-bengkak dan lebam. 

Terkininya, pada 7 Jan 2015 pula Kosmo melaporkan dengan tajuk 9 tahun Awie guna sijil nikah palsu. Saya sangat terkedu dengan kes Awie kali ini. Tidak sangka akan terjadi lagi peristiwa sedih dalam hidup Awie setelah dia dikurniakan 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan Rozana Misbun setelah hampir 9 tahun hidup bersama. 

Semoga Awie tabah menghadapi hari-hari mendatang. Semoga ALLAH memberi kerahmatan dan hidayah ke atas hambanya yang bernama AHMAD AZHAR OTHMAN.


Ok, jumpa lagi.

Jumaat, 9 Januari 2015

Che Ta mahu Aaisyah jadi ustazah





Usianya baru mencecah dua bulan tetapi kehidupan Aaisyah Dhia Rana, anak aktres Rozita Che Wan dan Zain Saidin dilimpahi dengan kemewahan dan glamor. Lihat sahaja majlis akikah dan kesyukuran Aaisyah yang berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara pada malam Rabu lalu yang akan turut disiarkan dalam program Pureen Chak Chak.

Dewan tempat berlangsungnya majlis akikah itu dihiasi indah umpama sebuah majlis perkahwinan dan tumpuan sudah tentu diberikan kepada si kecil Aaisyah yang dikagumi oleh setiap orang yang hadir dengan kecomelan wajahnya.

Rozita atau Che Ta, 42, yang ditemui pihak media pada majlis berkenaan sedar dengan perhatian yang diberikan khalayak kepada anaknya. Meskipun pada peringkat awal dia bersikap terbuka untuk berkongsi kebahagiaan bersama peminat dan tidak kisah andai suatu hari anaknya itu mengikuti jejak langkahnya bergelar selebriti, tetapi sekarang baik Che Ta mahupun Zain bertukar fikiran.

Bagi mereka, lebih baik untuk Aaisyah tidak terlibat dalam dunia seni selepas melihat perhatian melampau yang diberikan khalayak boleh bertukar menjadi negatif.
“Sebelum ini memang saya tidak kisah jika dia mengikut jejak langkah kami, tetapi sekarang kami bertukar fikiran. Kalau boleh saya mahu Aaisyah menjadi ustazah, tetapi kita hanya merancang, masa depan tidak boleh diramal. Ketika kecil ini saya tidak kisahlah andai dia menjadi model iklan atau duta produk kerana dia masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.

“Tambahan pula penggambaran iklan biasanya mengikut jadual waktu bayi. Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah memiliki pendapatan sendiri pada usia dua bulan. Wang yang diperoleh akan disimpan dalam akaun banknya, apabila dia berusia 18 tahun, dia sudah kaya dengan pendapatan sendiri,” ulas Che Ta yang memberitahu Aaisyah kini merupakan duta kepada butik Mothercare.


Artikel Penuh di SINI. 

Melihat Gajah di Kuala Gandah, Lanchang Pahang


Assalamualaikum..



Keluar dr Janda Baik, kami terus masuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Anak-anak berhajat nak tgk gajah di Kuala Gandah..emmm, tercapai juga hasrat Danial dan Danish nak bagi gajah makan.


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kuala Gandah, Lanchang, Pahang







anak gajah sedang mandi..






 pertunjukan gajah




 ekor anak gajah ini telah dimakan oleh harimau..nasib baik sempat diselamatkan.


 sesi yg ditunggu-tunggu, memberi gajah makan..


 mandi peluh Danial dan Danish menunggu giliran..
 sikit lagi nak sampai giliran mereka..

 mengeletar tangan Danish masa anak gajah ambil buah tembikai tu...
katanya takut dgn belalai gajah tu..
 alalalaala..comelnya dia, baru berusia 3 tahun..





 ada gerai jualan..
 Jumbo Cafe, ada mcm2 jualan..t-shirt, cenderamata, minuman dan makanan..

sila lekatkan pelekat masuk anda di sini utk kenangan abadi...:)


Ok, jumpa lagi.


Main Basikal



Assalamualaikum..


Kami beli basikal di G Cycle Tambun.

Ramai kawan beli basikal di situ.



basikal pink Husna ni beli kat kedai lain



2 buah basikal ini boleh dilipat dan sesuai dimasukkan dlm kereta/kenderaan. 



Ok, jumpa lagi.







Rabu, 7 Januari 2015

Wordless Wednesday 18: Danish Masuk Tahun 1 (2015)


Assalamualaikum..








3 Januari 2015, sesi suaikenal pelajar Tahun 1 SKSA


Sudah besar anak mama, rasanya begitu cepat masa berlalu...:)


 Lagi cerita Danish di SINI.. 
Jumpa lagi..